OPPO hari ini mengesahkan bahwaa mereka akan melancarkan telefon lipat terbaru mereka Find N6,
Pelancaran global peranti itu akan berlangsung pada 17 Mac 2026 di kampus baharu Binhai Bay, China.

Telefon lipat ini memperkenalkan teknologi “Zero-Feel Crease” yang menjadikan skrin kelihatan rata tanpa kesan lipatan walaupun selepas penggunaan jangka panjang, menyokong fungsi AI Pen untuk produktiviti mudah alih serta dengan reka bentuk nipis yang hampir menyamai telefon pintar biasa.
Antara spseifikasi Find N6 yang turut didedahkan ialah ia turut menampilkan kamera 200MP Hasselblad Ultra-Clear dalam reka bentuk “Cosmos Ring” yang simetri dengn rekaan bonggol kamera tetapi tidak besar.
Dari segi gaya pula terdapat dua pilihan warna ditawar iaitu Stellar Titanium dan Blossom Orange dengan kemasan emas pada engsel aloi titanium.
Nantikan maklumat lanjut tentang OPPO Find N6 pada pelancaran globalnya pada 17 Mac 2026 ini nanti.
{suggest}



