Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X8 Ultra and Find X8s

OPPO Find X8s, X8s+ Turut Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9400+

Diterbitkan April 11, 2025 · Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amalina Athman

OPPO baru sahaja memperkenalkan tiga model baharu dalam siri Find X8 di China. Menjadi tumpuan utama ialah Find X8 Ultra, namun ia turut melancarkan Find X8s dan Find X8s+ yang lebih mampu milik.

Find X8s+
Find X8s

Find X8s tampil dengan skrin AMOLED 6.3-inci (FHD+ 120Hz). Walaupun bersaiz kompak, ia masih mengekalkan bateri silikon karbon 5,700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W, 50W wayarles dan pengecasan berbalik 10W.

Find X8s+ pula dilengkapi skrin AMOLED 6.59-inci (FHD+ 120Hz) bersama bateri berkapasiti 6,000mAh, dengan sokongan kadar pengecasan yang sama seperti Find X8s.

Find X8s_2

Kedua-duanya dilancarkan dengan cip baharu MediaTek, iaitu Dimensity 9400+. Ia digandingkan bersama konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

Terdapat juga butang pintasan di bahagian sisi, seakan Action Button yang tersedia pada iPhone 15 Pro dan terbaharu.

Find X8s_5

Dari segi kamera, kedua-dua model hadir dengan sistem tiga kamera – termasuk sensor utama 50MP dengan OIS (24mm) dan lensa ultra-lebar 50MP (15mm). Find X8s dilengkapi lensa telefoto 50MP dengan apertur f/2.8, manakala Find X8s+ dengan apertur f/2.6.

Find X8s+_3
Find X8s+
Find X8s_4
Find X8s

Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 serta menjalankan ColorOS 15.

Find X8s+_1
Find X8s+
Find X8s_1
Find X8s

Untuk pilihan warna, Find X8s+ tersedia dalam warna Black, Moonlight White dan Purple. Sementara Find X8s ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Black, Moonlight White, Island Blue dan Cherry Blossom Pink.

Kedua-dua peranti dijual pada harga bermula pada 4,199 yuan (~RM2,547) untuk model asas 12/256GB.

Beli produk OPPO di:

  • Shopee – https://invl.me/clmn6c4
  • Lazada – https://invl.me/clmn6c6

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • OPPO Find N5 Rasmi, Telefon Lipat Nipis Dengan Harga RM7,999
  • MediaTek Perkenal Dimensity 9400+ Dengan Peningkatan Prestasi AI
  • OPPO Find X8 Ultra Dilancarkan - Snapdragon 8 Elite, Naik Taraf Lensa Periskop

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY