Dijangka akan dipertontonkan di MWC 2020 nanti.
Naib Presiden Oppo, Brian Shen telah berkongsikan imej jam pintar terbaru Oppo di platfom media sosial China, Weibo.
Tidak memeranjatkan rekaan jam pintar tersebut sangat menyerupai rekaan jam pintar keluaran Apple iaitu Apple Watch. Tidak setakat rekaan, grafik antaramuka jam pintar itu juga hampir menyamai grafik yang digunakan pada Apple Watch.
Cuma perbezaannya adalah terdapat 2 butang di bahagian sisi kanan jam pintar Oppo tersebut.
Setakat ini, tiada sebarang spesifikasi lain yang dikongsikan tetapi Oppo dijangka akan pertontonkan jam pintar mereka ini di pameran teknologi MWC 2020 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol dari 24 Februari hingga 27 Februari 2020.
Oppo bukanlah syarikat pertama yang meniru rekaan jam Apple Watch. Sebelum ini, Xiaomi juga telah mendedahkan rekaan jam pintar Mi Watch Premium Edition yang juga dijangka akan diperkenalkan dalam bulan Februari nanti.:
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- iPhone Lebih Bernilai Berbanding Telefon Pintar Android - Kajian
- Buat Pertama Kalinya, iPhone Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di China
- Kurang 18 Jam Untuk Anda Muat Turun 'Game' Termahal Yang Diberi Percuma Setakat Ini
- Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 - 2024
- Lebih Banyak Telefon Pintar Yang Menggunakan KaiOS Kini Menyokong Aplikasi WhatsApp
- Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini One UI Bagi Bulan November
- Pengguna Telefon Pintar Samsung Galaxy Terima Kemas Bulan Mei
- Selepas Bergabung Dengan OnePlus, OPPO Membuang Pekerja Mereka
- 2 Sekolah Rendah Orang Asli Di Perak Terima Sumbangan Bilik Darjah Pintar Dari Sharp
- Peranti Android Masih Menguasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia