Pada November lalu, bersempena dengan pelancaran peranti terbarunya Xiaomi CC9 Pro, pihak Xiaomi juga turut mengumumkan jam pintar keluarannya. Jam yang dinamakan Mi Watch itu dilihat mempunyai rekaan seakan Apple Watch.
Menurut sumber, Mi Watch Premium Edition yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini ditunda pelancarannya ke Februari 2020. Manakala Mi Watch versi biasa telah mula dijual di pasaran China dengan harga $186 (RM 766).
Menurut sumber, pihak Xiaomi telah membuat permohonan maaf di laman Weibo,
Kredit : Gizchina
Kepada Peminat Mi
”Terima kasih atas perhatian anda kepada Xiaomi Mi Watch Premium Edition. Di sini, kami ingin menyatakan permohonan maaf. Kami sedang berusaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang cemerlang dan stok yang mencukupi, Xiaomi Mi Watch Premium Edition pada asalnya akan dilancarkan pada akhir tahun ini, namun ia akan ditunda ke Februari 2020. Pelancaran tersebut akan ditayangkan pada siaran rasmi Xiaomi seperti Xiaomi Mall, Xiaomi Youpin dan Xiaomi Tmall.
Kami berharap ia akan menepati jangkaan para pengguna jam pintar Xiaomi untuk memberikan mereka pengalaman yang berlainan ketika menggunakannya. Sekali lagi kami ingin memohon maaf atas penundaan penjualan produk ini.”
Xiaomi Mi Watch Premium Edition bakal hadir dengan rekaan bingkai “stainless steel” dan paparan “sapphire crystal”. Ia dijangka akan dijual dengan harga $286 (RM 1180).
Sumber : Gsmarena, Gizchina
Berkaitan
- Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha, Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi?
- Redmi K20 Pro Mendapat Skor 102 Mata Dalam Ujian Kamera Dxomark
- Imbas Kembali : Nokia N Gage QD, Peranti “Gaming” Kegilaan Remaja Suatu Ketika Dahulu
- Redmi K30 4G Dijangka Hadir Dengan Paparan LCD
- Isu Redmi Note 7S Terbakar Secara Tiba-Tiba, Akhirnya Pihak Xiaomi Tampil Memberikan Jawapan
- Peminat E-Sukan Boleh Mendapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Untuk Pendaftaran Pelan Celcom Platinum atau Platinum Plus
- Xiaomi Bakal Membina Kilang Untuk Peranti Mercu 5G
- Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple
- Apple Mendominasi Ranking Keuntungan Telefon Pintar Dunia
- Kamera Ultra Sudut Lebar Xiaomi Mi 9 Antara Yang Terendah Dalam Skor Terbaru Dxomark