Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A83 Kini Diumumkan, Dilengkapi Pengimbas Wajah Dan Skrin 5.7 Inci

OPPO A83 Kini Diumumkan, Dilengkapi Pengimbas Wajah Dan Skrin 5.7 Inci

Diterbitkan Disember 27, 2017 · Dikemas kini Disember 27, 2017 oleh Helmi Samsuri

Beberapa hari yang lepas OPPO telah memperkenalkan model A75 dan A75s yang mempunyai skrin paparan 6 inci beserta tetapan dwi kamera selfie 20MP.

Kini tiba pula giliran model yang boleh diibaratkan sebagai penutup tirai tahun 2017 bagi syarikat tersebut, iaitu OPPO A83.

A83 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.7 inci dan nisbah paparan 18:9, serta menyokong resolusi 720 x 1440.

Dipacu oleh cip pemprosesan MediaTek Helio P23 dan gandingan memori RAM 4GB serta memori dalaman 32GB.

OPPO A83 Kini Diumumkan, Dilengkapi Pengimbas Wajah Dan Skrin 5.7 Inci

Akan dioperasikan dengan Android Nougat 7.1 terus dari kotak, OPPO A83 bakal dijana dengan bateri berkapasiti 3090 mAh.

Bagi sistem nyahkunci skrin, OPPO menampilkan sistem imbasan wajah yang menjanjikan kepantasan nyahkunci pada kadar 0.18 saat. Tiada sistem imbasan cap jari untuk peranti ini.

Akan mula dijual di China pada 29 Disember, ia berharga 1399 Yuan bersamaan ~RM 870.50 pada kadar tukaran nilai matawang asing semasa.

 

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY