Kini, sekali lagi muncul khabar angin yang memperlihatkan rekaan OPPO A83 beserta perincian mengenai teknologi yang bakal melengkapkan telefon pintar itu.
Kelihatan ia tampil dengan rekaan berasaskan logam dibahagian belakang dengan kamera 13MP beserta LED Flash manakala kamera hadapan adalah lensa 8MP. Pada sisi kanan pula terletak butang kelantangan bunyi serta butang kuasa.
Port USB, bicu audio 3.5 mm dan speaker tersemat dibahagian bawah peranti yang memperagakan skrin paparan 5.7 inci bernisbah 18:9. Bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek MT6763T bergandingan bersama RAM 4/6GB dan storan dalaman sebesar 16/32GB.
Dipercayai akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.1.1 dan dijana dengan bateri berkapasiti 3090mAh.
Agak pelik sedikit kerana jika diperhatikan, tidak kelihatan pengimbas cap jari dibahagian depan mahupun belakang. Tidak dapat dipastikan lagi teknologi mana yang akan digunakan untuk proses nyahkunci skrin.
Pelancaran peranti ini dijangka akan berlangsung pada 30 Disember depan.
Sumber: Slash Gear
Berkaitan
- Pra-Tempah OPPO A9 2020 Dan Dapatkan Waranti Tambahan 1 Tahun
- OPPO Ingatkan Bahawa Kualiti Kamera Bawah Paparan Mungkin Tidak Setanding Kamera Hadapan Biasa
- OPPO Find X Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM1699
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- OPPO Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM800,000 Untuk Dimenangi Anda Sempena Bulan Kemerdekaan
- Nak Beli Telefon Tapi Harga Naik Sebab SST? OPPO Tidak Naikkan Harga Peranti Mereka
- Digi Tawar Dua Unit OPPO Find X Edisi Lamborghini Untuk Pengguna Aplikasi MyDigi Yang Bertuah
- OPPO F11 Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1399
- Dapatkan Dua Buah OPPO Reno2 Pada Harga RM93 Dari Pelan Maxis
- Nak Rasa OPPO R17 Pro Lebih Awal? Jom Ikut Cara Ini