Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar

Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar

Diterbitkan Oktober 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh ariff bukhari

Opensignal telah melancarkan peta interaktif pertama di dunia yang memaparkan sambungan terus antara satelit dan telefon pintar.

Dikenali sebagai Direct-to-Device (D2D), inisiatif ini memberi gambaran lebih jelas tentang lokasi sebenar pengguna yang berjaya mengakses rangkaian satelit menggunakan telefon pintar biasa tanpa memerlukan peralatan khas.

Peta tersebut dibangunkan menggunakan berbilion data pengukuran sebenar yang dikumpulkan oleh Opensignal dan akan dikemas kini setiap bulan.

 

“D2D sedang mengubah landskap pihak yang boleh menyediakan liputan mudah alih serta lokasinya, memandangkan telefon di dalam poket anda kini boleh berhubung terus dengan satelit. Selama ini, pihak industri terpaksa membuat keputusan tanpa mengetahui di manakah momentum dan kadar penerimaan yang sebenar.” Mike Sandy, Presiden Prestasi Pasaran di Opensignal.

D2D  menunjukkan titik lokasi di mana telefon pintar berjaya membuat sambungan D2D sejak Januari 2026, sekali gus menawarkan pandangan yang lebih telus mengenai perkembangan teknologi komunikasi satelit global.

Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
Setiap titik pada peta mewakili lokasi di mana peranti sebenar telah berhubung dengan perkhidmatan D2D.

Ketika ini, perkhidmatan D2D kebanyakannya tertumpu kepada penghantaran mesej teks, amaran kecemasan dan sambungan aplikasi terhad.

Kekangan spektrum, perkakasan satelit generasi awal serta kemampuan telefon pintar semasa masih menjadi cabaran utama kepada perkembangan teknologi ini.

Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar

Opensignal turut merancang untuk menambah metrik prestasi rangkaian satelit dalam peta tersebut bagi membantu pengendali telekomunikasi, pengawal selia dan pengeluar peranti membuat keputusan yang lebih tepat.

Anda boleh terokai Peta Satelit D2D Opensignal hari ini di d2d.opensignal.com.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Kini Miliki 5 Stesen Mengesan Awal Radiasi Di Perairan Negara
  • CERN Uji Teknologi Baharu Yang Mampu Tingkatkan Kelajuan Pengkomputeran Sehingga 2,000 Kali Ganda
  • Pengguna Starlink Di Malaysia Dilapor Dihadkan Kelajuan Selepas Guna 5TB Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY