Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Malaysia_

Pengguna Starlink Di Malaysia Dilapor Dihadkan Kelajuan Selepas Guna 5TB Data

Diterbitkan Oktober 9, 2026 · Dikemas kini Oktober 9, 2026 oleh ariff bukhari

Perkhidmatan internet satelit milik SpaceX, Starlink, dilaporkan mula menghadkan kelajuan internet apabila pengguna menggunakan lebih daripada 5TB data sebulan.

Menurut laporan itu, pengguna Starlink di beberapa buah negara termasuk di Iraq, Albania, dan Malaysia mendapati bahawa kelajuan internet mereka diturunkan secara drastik kepada sekitar 10 hingga 25 Mbps sahaja selepas melebihi 5TB sebulan.

Ia sekali gus jauh berbeza dengan apa yang sepatutnya ditawarkan Starlink iaitu kelajuan dari 100 Mbps sehingga lebih daripada 400 Mbps dengan data tanpa had.

Starlink dalam polisi “Fair Use” nya dianggap mengelirukan kerana Starlink sebelum ini dipromosikan sebagai tanpa had.

Situasi ini lebih mencabar di Iraq kerana satu peranti Starlink sering dikongsi oleh keluarga atau jiran, menyebabkan penggunaan data melonjak tinggi.

Ekoran itu, tindakan Starlink mengenakan had penggunaan data secara mengejut ini menyebabkan ramai pelanggan Starlink berasa tertipu dan mula mempertimbangkan untuk kembali kepada ISP tempatan.

Walaupun di Amerika Syarikat dan sebahagian Eropah had ini telah ditarik balik, pengguna di Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin masih terikat dengan sekatan tersebut.

Starlink mendakwa langkah ini perlu untuk mengelakkan kesesakan rangkaian. Kini, perkhidmatan yang diharap menjadi alternatif digital mula dipersoalkan pengguna.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand
  • Jualan Telefon Pintar Tidak Lagi Menguntungkan, Samsung Dilapor Kurangkan Pengeluaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY