Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Kini Miliki 5 Stesen Mengesan Awal Radiasi Di Perairan Negara

Malaysia Kini Miliki 5 Stesen Mengesan Awal Radiasi Di Perairan Negara

Diterbitkan September 25, 2026 · Dikemas kini September 30, 2026 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) memaklumkan, perairan Malaysia kini dilengkapi dengan empat stesen baharu, khusus bagi mengesan dan memantapkan rangkaian pemantauan radiasi di perairan Malaysia dan kesiapsiagaan negara.

Penambahan ini sekali gus menjadikan negara kini memiliki sebanyak 5 stesen pemantau radiasi perairan di mana sebelum ini negara hanya bergantung kepada 1 stesen sahaja yang terletak di Jeti Universiti Malaysia Sabah (UMS),Kota Kinabalu, Sabah.

Screenshot 2026-09-25 163515

Dikenali sebagai Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS), ia merupakan sistem pemantauan masa nyata yang berupaya mengesan dan mengukur tahap sinaran gama di perairan serta berupaya mengenal pasti isotop radioaktif secara berterusan (24/7) tanpa kebergantungan kepada sumber luaran.

Dengan sistem pemantauan sinaran ini, data dikumpul secara berterusan untuk memastikan tahap sinaran sentiasa selamat demi keselamatan anda dan kesejahteraan alam sekitar.

 

“Dalam aspek keselamatan sinaran, keupayaan untuk mendapatkan data sendiri secara berterusan amat penting. Kita mahu Malaysia mempunyai sistem pemantauan yang kukuh dan keupayaan untuk mengesan sebarang anomali dengan cepat, khususnya melibatkan risiko sinaran yang boleh merentasi sempadan,” YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

4 Stesen GSWMS baharu ini masing-masing terletak di Pulau Langkawi yang terletak di Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Laut Pulau Tioman, Pahang; Taman Laut Pulau Perhentian, Terengganu; dan Jeti Pelabuhan Bintulu, Sarawak.

ATOM Malaysia memaklumkan, jumlah kos pemasangan bagi empat unit GSWMS baharu ini menelan belanja sebanyak RM2,646,600.00.

Kejayaan projek GSWMS ini adalah hasil kerjasama strategik Jabatan Tenaga Atom dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu, Sarawak.

Selain stesen yang khusus mengesan radiasi di perairan, Malaysia juga sudah memiliki sebanyak 9 stesen Permonitoran Radiasi Alam Sekitar Dedahan sinaran di daratan (ERMS) bagi mengesan awal tahap radiasi di daratan.

Menjadikan jumlah keseluruhan stesen pemantauan radiasi di Malaysia sebanyak 14 stesen.

Screenshot 2026-09-25 162812

Anda boleh mengakses maklumat tahap sinaran di daratan dan perairan negara
melalui laman sesawang Atom Malaysia (https://erms.atom.gov.my) dan
www.mosti.gov.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia
  • Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY