Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3D dipole integration

CERN Uji Teknologi Baharu Yang Mampu Tingkatkan Kelajuan Pengkomputeran Sehingga 2,000 Kali Ganda

Diterbitkan September 30, 2026 · Dikemas kini September 30, 2026 oleh ariff bukhari

CERN kini disertai syarikat teknologi perkakasan komputer dari Britain, Signaloid bertujuan menguji dan mengintegrasikan teknologi pengkomputeran kebarangkalian UxHw® milik Signaloid ke dalam makmal terbuka (openlab) Heterogeneous Architectures Testbed (HAT) di CERN.

Ia bagi menyokong keperluan pengkomputeran gergasi untuk projek High-Luminosity Large Hadron Collider (HiLumi LHC) yang akan datang.

2 Pelajar Malaysia Terpilih Ikuti Penyelidikan Di CERN, Switzerland
Large Hadron Collider (LHC) ialah pemecut zarah terbesar di dunia. Dengan melanggar proton pada kelajuan yang hampir menyamai kelajuan cahaya, saintis CERN mengkaji juzuk asas jirim dan mencari jawapan kepada beberapa persoalan terbesar dalam bidang fizik.

Berbanding sistem biasa, teknologi UxHw® membolehkan pengiraan dilakukan terus pada taburan kebarangkalian tanpa memerlukan pensampelan berulang.

Ujian awal menunjukkan teknologi ini mampu meningkatkan kelajuan pengkomputeran sehingga 2,000 kali ganda dalam pelbagai bidang termasuk fizik, kewangan, reka bentuk cip, dan robotik.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi CERN, Maria Girone, pendekatan seni bina teragih ini amat kritikal bagi mendepani cabaran pemprosesan data fizik zarah pada masa hadapan.

Usaha sama ini dijalankan ketika organisasi penyelidikan di seluruh dunia semakin banyak menggunakan beraneka seni bina pengkomputeran yang menggabungkan CPU, GPU, dan pemecut khusus untuk mengendalikan beban kerja yang berat dengan lebih cekap.

Berkaitan

  • Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, "World Wide Web"
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 2 Pelajar Malaysia Terpilih Ikuti Penyelidikan Di CERN, Switzerland

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY