Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Umum ‘Stargate’, Projek Infrastruktur AI Baru Di AS Bernilai Lebih RM2 Trilion

Diterbitkan Januari 22, 2025 · Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat kecerdasan buatan (AI) terkemuka, OpenAI hari ini mengumumkan ‘Projek Stargate’.

Projek baharu itu ialah penubuhan syarikat baru melibatkan gabungan 3 firma teknologi terkemuka iaitu OpenAI, SoftBank, dan Oracle di mana mereka mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang dikenali sebagai Stargate.

OpenAI dalam satu kenyataan berkata, Projek Stargate merancang untuk melabur sebanyak $500 bilion (~RM2.225 trilion) dalam tempoh empat tahun bagi membangunkan infrastruktur AI baru di Amerika Syarikat.

Projek ini akan dimulakan dengan pelaburan segera bernilai $100 bilion (~RM444.2 bilion).

Stargate akan membina pusat data dan infrastruktur fizikal serta maya untuk menyokong pembangunan AI generasi baharu di AS.

Presiden AS ke-47 yang baru sahaja dilantik, Donald Trump menyatakan projek ini akan menjadi “projek infrastruktur AI terbesar dalam sejarah” dan dijangka mencipta 100,000 pekerjaan di AS.

Projek ini bertujuan memastikan kepimpinan AS dalam AI, menyokong perindustrian semula AS dan memperkukuh keselamatan negara itu.

CEO OpenAI Sam Altman menegaskan pentingnya infrastruktur AI untuk memastikan AS kekal mendahului China dalam perlumbaan AI global, termasuk dalam aspek ekonomi dan keselamatan negara.

Penaja utama Stargate ialah SoftBank, OpenAI, Oracle, dan MGX, dengan SoftBank bertanggungjawab dari segi kewangan dan OpenAI pula dari segi operasi.

Manakala Masayoshi Son akan menjadi pengerusi syariakt tersebut.

Rakan teknologi utamanya termasuklah Arm, Microsoft, NVIDIA, Oracle, dan OpenAI. Projek pertama Stargate adalah sebuah pusat data seluas 1 juta kaki persegi yang kini sedang dibina di Texas.

Oracle, NVIDIA, dan OpenAI akan bekerjasama erat dalam membina dan mengendalikan sistem pengkomputeran ini, berdasarkan kerjasama lama antara OpenAI dengan NVIDIA dan Oracle, serta perkongsian OpenAI dengan Microsoft untuk menggunakan Azure dalam melatih model AI dan menyediakan produk berkualiti.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien
  • TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Sumber: OpenAI, CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY