Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT study mode_

OpenAI Perkenal ‘Study Mode’ Dalam ChatGPT

Diterbitkan Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperkenalkan ciri ‘study mode’ dalam ChatGPT yang direka untuk membantu pengguna menyelesaikan sesuatu topik melalui pendekatan langkah demi langkah, berbanding hanya menerima jawapan secara terus.

Menurut kenyataan rasmi di blog OpenAI, ciri study mode mula tersedia hari ini untuk semua pengguna ChatGPT dalam pelan Free, Plus, Pro dan Team. Bagi pengguna ChatGPT Edu pula, ciri ini akan diperkenalkan dalam beberapa minggu akan datang.

OpenAI ChatGPT study mode_1

Apabila study mode diaktifkan, ChatGPT akan memberikan panduan interaktif yang menggabungkan soalan berbentuk Socratic, petunjuk serta dorongan untuk berfikir sendiri.

OpenAI menjelaskan bahawa jawapan dalam study mode akan disusun mengikut bahagian yang mudah diikuti dan menggariskan kaitan penting antara topik. Pembelajaran juga akan disesuaikan mengikut tahap kefahaman pengguna berdasarkan soalan yang menguji kemahiran serta memori daripada perbualan sebelum ini.

As ChatGPT becomes a go-to tool for students, we’re committed to ensuring it fosters deeper understanding and learning.

Introducing study mode in ChatGPT — a learning experience that helps you work through problems step-by-step instead of just getting an answer. pic.twitter.com/B8VbRYJH6r

— OpenAI (@OpenAI) July 29, 2025

Selain itu, ciri ini juga boleh memberikan kuiz untuk menguji pemahaman pengguna, dengan disertakan maklum balas yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengenal pasti kelemahan dan melihat perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Menurut OpenAI, study mode dibangunkan berdasarkan “arahan sistem tersuai” yang ditulis bersama guru, saintis dan pakar pedagogi. Pendekatan ini dipilih kerana ia membolehkan OpenAI belajar dengan pantas daripada maklum balas pelajar sebenar dan menambah baik pengalaman pengguna.

Dalam perancangan akan datang, OpenAI turut merancang untuk menambah ciri seperti visualisasi yang lebih jelas, penetapan matlamat merentasi perbualan serta tahap personalization yang lebih mendalam bagi setiap pengguna.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Makin Canggih, Ini Yang Menarik Tentang ChatGPT Agent
  • ChatGPT Kini Terima Lebih 2.5 Bilion 'Prompt' Setiap Hari
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY