Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Lancar Operator – Ejen AI Serba Guna

Diterbitkan Januari 24, 2025 · Dikemas kini Januari 24, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini melancarkan  Operator, ejen kecerdasan buatan (AI) serba guna yang boleh melaksanakan tugasan di web bagi pihak pengguna.

Dengan menggunakan pelayarnya sendiri, ia boleh melihat laman web dan berinteraksi dengan menaip, klik dan menatal (scrolling).

OpenAI Operator_1

Walau bagaimanapun, Operator ketika ini masih dalam fasa pratonton penyelidikan, yang bermaksud ia mempunyai had tertentu dan akan berkembang berdasarkan maklum balas pengguna.

Menurut OpenAI, Operator dikuasakan oleh model baru yang dipanggil Computer-Using Agent (CUA), menggabungkan keupayaan GPT-4o dengan “advanced reasoning through reinforcement learning” untuk membolehkannya berinteraksi dengan antara muka grafik pengguna (GUI) – butang, menu dan teks.

Operator boleh “melihat” (melalui tangkapan skrin) dan “berinteraksi” (menggunakan semua tindakan yang dibenarkan oleh tetikus dan papan kekunci) dengan pelayar, membolehkannya mengambil tindakan di web tanpa memerlukan integrasi API khas.

Operator boleh diarahkan untuk menangani pelbagai tugas berulang di pelayar seperti mengisi borang, memesan barangan runcit, malah mencipta meme.

OpenAI Lancar Operator – Ejen AI Serba Guna

Sebagai sebahagian pratonton penyelidikan, Operator tersedia untuk pengguna ChatGPT Pro di AS terlebih dahulu, yang boleh diakses melalui operator.chatgpt.com.

Akan datang, OpenAI merancang untuk memperluaskan kepada pengguna ChatGPT Plus, Team, dan Enterprise serta mengintegrasikan kemampuan berkenaan ke dalam ChatGPT.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Pro Dengan Akses Tanpa Had Model o1
  • ChatGPT Kini Hadir Dengan Ciri 'Tasks' - Mudahkan Pengguna Jadualkan Tugasan, Peringatan
  • OpenAI Umum 'Stargate', Projek Infrastruktur AI Baru Di AS Bernilai Lebih RM2 Trilion

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY