Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT

ChatGPT Kini Hadir Dengan Ciri ‘Tasks’ – Mudahkan Pengguna Jadualkan Tugasan, Peringatan

Diterbitkan Januari 15, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini mengumumkan penambahan ciri beta baharu yang dinamakan Tasks dalam ChatGPT.

Ciri ini membolehkan ChatGPT memberikan peringatan untuk tugasan akan datang – sama ada peringatan sekali sahaja (one-time) atau tindakan berulang, di mana pengguna boleh menggunakan bahasa perbualan untuk menetapkan notifikasi bagi tugasan berkenaan.

Today we’re rolling out a beta version of tasks—a new way to ask ChatGPT to do things for you at a future time.

Whether it's one-time reminders or recurring actions, tell ChatGPT what you need and when, and it will automatically take care of it. pic.twitter.com/7lgvsPehHv

— OpenAI (@OpenAI) January 14, 2025

 

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memilih “4o with schedule tasks” dalam pilihan model ChatGPT.

Semua tugasan boleh dilakukan sama ada secara terus melalui chat atau halaman Tasks yang boleh diakses di bawah menu profil.

Seterusnya, pengguna boleh menjadualkan tugas yang mahu ChatGPT lakukan, seperti menghantar ringkasan berita global mingguan, mendapatkan senaman 15 minit yang disuaikan setiap hari, atau menetapkan peringatan untuk acara hari lahir, tarikh luput pasport dan banyak lagi.

In chat or through the tasks page under the profile menu, you can schedule tasks you want ChatGPT to do, such as send you a weekly global news briefing, get a daily personalized 15-minute workout, or set a reminder for the future. pic.twitter.com/RC0GkhcbNR

— OpenAI (@OpenAI) January 14, 2025

Buat masa ini, ciri Tasks dilancarkan dalam versi beta kepada pengguna ChatGPT Plus, Pro dan Teams. Akan datang, ia akan tersedia kepada semua pengguna yang memiliki akaun ChatGPT, termasuk pengguna percuma.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal ChatGPT Pro Dengan Akses Tanpa Had Model o1
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Semua Pengguna Kini Boleh Akses ChatGPT Search Secara Percuma
  • ChatGPT Kini Boleh Digunakan Melalui WhatsApp

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
©2026 WISER.MY