Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Images_1

OpenAI Lancar ChatGPT Images Baharu, Kini Boleh Diakses Dalam ChatGPT

Diterbitkan Disember 17, 2025 ยท Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini melancarkan versi baharu ChatGPT Images, membolehkan pengguna mencipta imej daripada awal atau menyunting foto sedia ada dengan lebih tepat sambil mengekalkan butiran asal, serta menjana imej sehingga 4 kali lebih pantas.

ChatGPT Images_2

Menurut OpenAI, model penjana imej ini lebih konsisten mengikut niat pengguna, mengubah hanya bahagian yang diminta dan mengekalkan elemen seperti pencahayaan, susunan serta penampilan subjek antara input, output dan suntingan seterusnya.

Ia juga dikatakan cemerlang dalam pelbagai jenis suntingan, termasuk menambah, mengurang, menggabung, mencampur dan menukar elemen imej.

Introducing ChatGPT Images, powered by our flagship new image generation model.

– Stronger instruction following
– Precise editing
– Detail preservation
– 4x faster than before

Rolling out today in ChatGPT for all users, and in the API as GPT Image 1.5. pic.twitter.com/NLNIPEYJnr

— OpenAI (@OpenAI) December 16, 2025

Model ChatGPT Images baharu mula diperkenalkan hari ini untuk semua pengguna ChatGPT, dan turut tersedia dalam API sebagai GPT Image 1.5.

OpenAI turut memperkenalkan ruang khusus Images dalam ChatGPT. Pengguna hanya perlu klik pada tab “Images” di bar sisi dan mula mencipta atau menyunting imej dengan mudah.

Dengan model penjana imej baharu, ChatGPT kini mampu bersaing lebih baik dengan penjana imej seperti Nano Banana Pro.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Mod Suara ChatGPT Kini Boleh Diakses Terus Dalam Sembang
  • Akses Percuma Adobe Express, Photoshop, Acrobat Dalam ChatGPT
  • Ciri Baharu GPT-5.2 Yang Perlu Anda Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY