OpenAI hari ini melancarkan GPT-5.4 (GPT-5.4 Thinking), model kecerdasan buatan (AI) baharu yang digambarkan sebagai model frontier paling berkemampuan dan lebih efisien untuk kerja profesional.
Menurut OpenAI, GPT-5.4 menggabungkan kemajuan terkini dalam penaakulan, pengekodan dan aliran kerja agentik ke dalam satu model frontier. Model ini dikatakan paling berfakta dan cekap setakat ini, dengan setiap kenyataan GPT-5.4 33% kurang berkemungkinan salah dan respons penuh 18% kurang ralat berbanding GPT-5.2.
GPT-5.4 juga merupakan model penaakulan paling cekap token setakat ini, membolehkan penggunaan token yang lebih rendah dengan kelajuan lebih pantas.

Dalam ChatGPT, GPT-5.4 Thinking menawarkan peningkatan bagi penyelidikan web lebih mendalam, pengekalan konteks yang lebih baik untuk soalan kompleks, serta membolehkan pengguna mencelah dan menambah arahan, atau melaraskan arahan di pertengahan respons model.
GPT-5.4 is our most factual and efficient model: fewer tokens, faster speed.
In ChatGPT, GPT-5.4 Thinking has improved deep web research, better context retention when it thinks for longer—and oh—you can now interrupt the model and add instructions or adjust its direction… pic.twitter.com/a0ayi6aOYV
— OpenAI (@OpenAI) March 5, 2026
Dalam Codex dan API, GPT-5.4 merupakan model pertama OpenAI dengan keupayaan menggunakan komputer natif yang canggih, bermakna ia boleh mengendalikan komputer bagi pihak pengguna dan menyelesaikan aliran kerja kompleks merentasi pelbagai aplikasi.
Model ini menyokong sehingga 1 juta token konteks, membolehkan ejen merancang, melaksanakan dan mengesahkan tugasan jangka panjang.
GPT-5.4 juga menambah baik cara model berfungsi dengan alatan luaran. Ejen kini boleh beroperasi merentasi ekosistem alatan yang lebih besar, memilih alat yang lebih sesuai dan menyelesaikan aliran kerja berbilang langkah dengan kos dan kependaman (latency) lebih rendah.
Ketersediaan
GPT‑5.4 kini dilancarkan secara berperingkat dalam ChatGPT dan Codex. Dalam API, model ini tersedia sebagai “gpt-5.4”, manakala GPT-5.4 Pro juga boleh digunakan oleh pembangun yang memerlukan prestasi maksimum untuk tugasan paling kompleks.
Di ChatGPT, GPT-5.4 Thinking tersedia untuk pengguna Plus, Team dan Pro, menggantikan GPT-5.2 Thinking yang akan ditamatkan pada 5 Jun 2026. Pelan Enterprise dan Edu boleh mendapat akses awal melalui tetapan admin, manakala GPT-5.4 Pro tersedia untuk pelan Pro dan Enterprise. Tetingkap konteks GPT-5.4 Thinking di ChatGPT kekal sama seperti GPT-5.2 Thinking.
Untuk Codex, GPT-5.4 turut menyokong percubaan tingkap konteks sehingga 1 juta token, dengan penggunaan melebihi tetingkap konteks standard 272K dikira pada kadar dua kali ganda.
{suggest}
