Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Dan Amazon Umum Kerjasama Strategik $38 Bilion Untuk Kuasa AI Masa Depan

OpenAI Dan Amazon Umum Kerjasama Strategik $38 Bilion Untuk Kuasa AI Masa Depan

Diterbitkan November 4, 2025 oleh Amsyar Latif

OpenAI, syarikat di sebalik ChatGPT, menandatangani perjanjian bernilai $38 bilion (~RM179 bilion) dengan AWS (Amazon Web Services) pada Isnin di mana ia langkah besar terbaharu dalam siri kerjasama gergasi AI itu, selepas perjanjian dengan Oracle, Broadcom, AMD dan pembuat cip utama dunia, Nvidia.

Perjanjian selama tujuh tahun ini akan memberikan OpenAI akses kepada ratusan ribu unit GPU Nvidia — komponen utama yang memacu revolusi kecerdasan buatan generatif.

Selain itu, OpenAI turut akan menggunakan puluhan juta CPU konvensional untuk mengendalikan operasi harian model AI yang semakin canggih dan “agentic”.

aws openai

“Untuk membangunkan AI peringkat tertinggi, kita perlukan kapasiti pengkomputeran yang besar dan stabil,” kata Sam Altman, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, dalam kenyataan bersama.

“Kerjasama dengan AWS mengukuhkan ekosistem pengkomputeran yang luas dan akan memacu era baharu AI untuk semua.”

OpenAI akan mula menggunakan infrastruktur AWS dengan segera, dan dijangka menggunakan sepenuhnya kapasiti yang diperuntukkan menjelang akhir 2026, dengan potensi untuk diperluas selepas itu.

Menurut laporan, keseluruhan perjanjian infrastruktur yang telah dimeterai OpenAI sepanjang 2025 dianggarkan bernilai sekitar $1 trilion, termasuk perjanjian $300 bilion dengan Oracle dan projek gergasi “Stargate” bernilai $500 bilionyang melibatkan Oracle dan SoftBank.

Walaupun hasil tahunan OpenAI dijangka mencecah puluhan bilion dolar tahun ini, jumlah itu masih jauh daripada mencukupi untuk menampung kos besar bagi kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk menjalankan bot sembang berkuasa tinggi seperti ChatGPT.

Perjanjian dengan AWS ini juga merupakan yang pertama sejak OpenAI menstruktur semula organisasinya, membolehkannya beroperasi dengan lebih fleksibel dan berorientasikan keuntungan berbanding asalnya sebagai entiti bukan untung.

Kerjasama ini juga memperkukuh hubungan sedia ada antara kedua-dua syarikat dengan beberapa model sumber terbuka OpenAI kini sudah tersedia di pelayan AWS. – AFP

Berkaitan

  • Pusat Data Awan Diluaskan Ke Angkasa, Sasar Kelajuan Sehingga 100 Gbps
  • Perkhidmatan Internet Tergendala Beberapa Jam Akibat Gangguan Perkhidmatan Awan Amazon
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY