Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Buang Ciri ChatGPT Yang Boleh Dedahkan Perbualan Dalam Enjin Carian

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini membuang ciri dalam ChatGPT yang membolehkan perbualan pengguna dikongsi secara terbuka dan ditemui dalam enjin carian seperti Google.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memilih perbualan yang ingin dikongsi dan menanda kotak pilihan bagi membenarkan pautan tersebut diindeks oleh enjin carian.

We just removed a feature from @ChatGPTapp that allowed users to make their conversations discoverable by search engines, such as Google. This was a short-lived experiment to help people discover useful conversations. This feature required users to opt-in, first by picking a chat… pic.twitter.com/mGI3lF05Ua

— DANΞ (@cryps1s) July 31, 2025

Bagaimanapun, beberapa pengguna mula menyedari bahawa perbualan yang mereka kongsikan secara terbuka muncul dalam hasil carian seperti Google.

Perkongsian itu sememangnya dilakukan secara pilihan, namun ada yang tidak menjangka pautan tersebut boleh diindeks secara terbuka, sekali gus menimbulkan kebimbangan berkaitan privasi dan keselamatan data.

Menurut OpenAI, perbualan ChatGPT yang diindeks itu merupakan sebahagian daripada satu eksperimen.

“Perbualan ChatGPT tidak tersedia secara terbuka melainkan anda memilih untuk kongsikannya. Kami sedang menguji cara untuk memudahkan pengguna berkongsi perbualan yang berguna, sambil mengekalkan kawalan di tangan pengguna. Baru-baru ini, kami menamatkan satu eksperimen yang membolehkan perbualan muncul dalam enjin carian jika pengguna secara jelas memilih untuk membenarkannya semasa berkongsi,” kata jurucakap OpenAI kepada TechCrunch.

Walaupun enjin carian seperti Google mengawal algoritma yang menentukan kandungan mana akan dipaparkan dalam enjin carian, mereka tidak mempunyai kawalan untuk menentukan kandungan mana yang boleh diindeks.

Sebaliknya, jurucakap Google menjelaskan penerbit halaman mempunyai kawalan penuh untuk menentukan sama ada ia boleh diindeks oleh enjin carian atau tidak.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT
  • Hati-Hati Berbual Dengan ChatGPT, Kandungan Boleh Jadi Bukti Mahkamah
  • OpenAI Perkenal 'Study Mode' Dalam ChatGPT

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY