Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT

Hati-Hati Berbual Dengan ChatGPT, Kandungan Boleh Jadi Bukti Mahkamah

Diterbitkan Julai 29, 2025 · Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam satu episod audio siar, CEO OpenAI, Sam Altman telah memberi amaran bahawa perbualan peribadi dengan ChatGPT anda tidak dilindungi undang-undang dan boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah jika tindakan saman dibuat.

Dalam audio siar This Past Weekend, beliau menjelaskan bahawa OpenAI mungkin terpaksa menyerahkan perbualan sensitif jika diminta secara sah.

“Jadi, jika anda berbual dengan ChatGPT tentang perkara paling sensitif anda dan kemudian berlaku saman atau apa-apa tindakan undang-undang, kami mungkin diwajibkan untuk menyerahkan perbualan itu. Dan saya rasa itu memang sangat tak wajar,” kata Altman ketika menjawab soalan mengenai kerangka undang-undang bagi AI.

Altman juga menyatakan bahawa OpenAI kini menyimpan rekod perbualan yang telah dipadam susulan saman oleh The New York Times.

Beliau menyeru agar wujud satu kerangka undang-undang khusus yang melindungi privasi pengguna AI, setara dengan kerahsiaan antara pesakit dan doktor atau klien dan peguam.

Sehingga ia diwujudkan, pengguna disarankan untuk berhati-hati dan menuntut kejelasan tentang privasi sebelum menggunakan ChatGPT bagi hal-hal sensitif.

https://x.com/bearlyai/status/1949265456839459003

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT
  • Trak Bomba Di China Berkepala Dua, Boleh Dipandu Dua Arah Selaju 190Km/j

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY