Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-07-18 at 10.19.09 AM

Open AI Lancar ChatGPT Agent Untuk Pelanggan Pro, Plus Dan Team

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Open AI hari ini mengumumkan, ChatGPT Agent kini mula dilancarkan kepada pengguna Pro, Team, dan Plus.

Untuk pengguna Pro akan menerima kuota sebanyak 400 pertanyaan sebulan, manakala pengguna Team dan Plus menerima 40 pertanyaan sebulan.

Proses pelancaran kepada pengguna Team dan Plus dijangka selesai dalam masa terdekat, manakala semua pengguna Pro akan menerimanya hari ini.

ChatGPT Agent adalah satu ciri baru dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna membuat AI laksanakan tugasan spesifik dan bertindak berdasarkan arahan yang diset.

Ia seperti “pembantu peribadi AI” yang dipertingkat di mana OpenAI melatih ejen ini mengenai cara memilih alat yang digunakan, bergantung kepada arahan (prompt).

Pada masa yang sama, CEO OpenAI, Sam Altman, turut mengakui risiko berkaitan penggunaan AI Agent dan menegaskan bahawa sistem ini akan dilengkapi dengan amaran keselamatan yang ketat pada awal pelancaran, namun akan dilonggarkan secara berperingkat seiring peningkatan kestabilan dan kefahaman pengguna.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin's Creed Akan Ditayangkan Di Netflix
  • Permainan PC Edisi Platinum Berharga RM238 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY