Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ONIC Philippines

ONIC Philippines Kekal Gah, Tundukkan ONIC Esports Dalam Kejohanan Snapdragon Pro Series MLBB

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amsyar Latif

ONIC Philippines berjaya muncul juara Snapdragon Pro Series (SPS) Mobile Challenge Finals – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) selepas menewaskan ONIC Esports dengan kemenangan 4-0.

Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD65,000 (~RM287,950), trofi SPS yang berprestij, serta tiket ke Snapdragon Pro Series Mobile Masters 2025, di mana mereka akan beraksi menentang pasukan terbaik dunia.

Walaupun tewas, ONIC Esports tetap menerima penghargaan atas usaha mereka dengan membawa pulang USD32,000 (~RM141,760).

Kejohanan ini berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Malaysia, dengan kehadiran lebih 4,000 penonton secara langsung dan mencatat 1.12 juta tontonan dalam talian.

Malah, ia turut mendapat sambutan hebat dari peminat MLBB di rantau Asia-Pasifik.

Kemenangan ONIC Philippines ini menambah lagi pencapaian mereka selepas memenangi Kejohanan Dunia M6 serta menjuarai MPL Philippines Musim 14.

Kejuaraan ini juga menandakan penutup musim keenam MLBB bagi rantau Asia-Pasifik dalam Snapdragon Pro Series, kejohanan e-sukan mudah alih terbesar di dunia yang dianjurkan oleh ESL FACEIT Group (EFG) dan Qualcomm Technologies Inc.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan
  • LG Dan Qualcomm Melancarkan Sistem Pengurusan Bateri EV Dikuasakan Snapdragon
  • Qualcomm Perkenal Cip Snapdragon X Untuk Komputer Riba Lebih Murah

Sumber: Siaran media Snapdragon Pro Series

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY