Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon X_

Qualcomm Perkenal Cip Snapdragon X Untuk Komputer Riba Lebih Murah

Diterbitkan Januari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini memperkenalkan satu lagi cip komputer riba, iaitu Snapdragon X.

Dikhususkan untuk komputer riba ‘bajet’ dalam julat harga $600 (~RM2706), Snapdragon X berada di bawah X Plus dan X Elite dalam hierarki, tetapi menawarkan spesifikasi yang tidak kurang bagusnya. Boleh dikatakan, ia merupakan versi yang sedikit dikurangkan berbanding Snapdragon X Plus.

Namun begitu, Qualcomm masih menjanjikan prestasi yang lebih baik bagi setiap watt berbanding pemproses Intel Core 5 120U, serta hayat bateri yang lebih baik merentasi pelbagai ujian.

Seperti siri Snapdragon X yang lain, cip Snapdragon X ‘standard’ ini dilengkapi dengan NPU 45 TOPS yang menyokong ciri Copilot+ daripada Microsoft. CPU Qualcomm Oryon mempunyai lapan teras yang boleh mencecah kelajuan sehingga 3GHz dan dibina pada nod proses 4nm yang sama seperti siri Snapdragon X yang lain.

Snapdragon X_2

Selain itu, Snapdragon X juga menyokong memori LPDDR5x RAM, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, USB 4.0 serta sambungan 5G.

Ketersediaan

Qualcomm menyatakan bahawa butiran penuh mengenai “PC desktop mini pertama di dunia yang dikuasakan oleh siri Snapdragon X” akan didedahkan pada esok.

Sebagai tambahan, syarikat itu berkata lebih 60 rekaan komputer riba dalam pengeluaran atau pembangunan, dengan lebih daripada 100 komputer riba dari pengeluar utama termasuk Asus, Acer, Dell Technologies, HP, dan Lenovo dijangka hadir menjelang 2026.

Berkaitan

  • Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite - 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs
  • Qualcomm Lancar Snapdragon X Plus, NPU Untuk 'Laptop' Terpantas Di Dunia
  • Lebih 20 Buah 'Copilot+ PC' Akan Tersedia, Semua Guna Siri Cip Snapdragon X
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY