OnePlus Sahkan OnePlus 8T Akan Hadir Dengan Panel 120Hz

Sebelum ini, OnePlus telah mengumumkan tarikh pelancaran OnePlus 8T pada 14 Oktober 2020. Ianya juga dikhabarkan akan hadir dengan paparan 120Hz. Kini, OnePlus telah mengesahkan peranti itu akan dimuatkan skrin paparan 6.55 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Menurut OnePlus, ia merupakan kali pertama OnePlus menggunakan panel 2.5D melengkung. Panel peranti turut menyokong HDR10+100% DCI-P3, Just Noticeable Color Difference (JNCD) sekitar 0.3, dan mempunyai maksimum 1100+ nits kecerahan.

https://twitter.com/oneplus/status/1308390595812044804

Skrin OnePlus 8T juga menerima penarafan A+ selepas diuji DisplayMate. Bagaimanapun, OnePlus tidak menyatakan resolusi yang dibawakan pada OnePlus 8T. Ura-ura mendedahkan ia mungkin hadir dengan resolusi Full HD+, berbanding QHD+ yang ditawarkan pada OnePlus 8 Pro.

Dalam pada itu, OnePlus 8T turut dijangka akan menjalankan OxygenOS 11 yang berasaskan Android 11.

Sehingga itu, dijangka lebih banyak pengumuman mengenai OnePlus 8T menjelang pelancaran pada 14 Oktober nanti.

Sumber: TechRadar