Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran OnePlus 9 hasselblad

Tarikh Pelancaran Siri OnePlus 9 Dengan Sistem Kamera Hasselblad Diumumkan

Diterbitkan Mac 8, 2021 ยท Dikemas kini Mac 8, 2021 oleh Amalina Athman

OnePlus kini mengumumkan tarikh pelancaran bagi siri peranti andalan, OnePlus 9 untuk pasaran global. Dilengkapi sistem kamera Hasselblad, pelancaran siri OnePlus 9 dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2021.

Peranti ini dijangka hadir dengan tetapan empat kamera di mana ia mempunyai sokongan sensor kamera Sony IMX789, format 12-bit RAW, peningkatan rakaman video HDR, rakaman video 4K 120fps dan 8K 30fps.

Sebagai tambahan, OnePlus turut mengumumkan pelaburan lebih USD 150 juta untuk kerjasama dengan Hassalblad selama tiga tahun. Bagi anda yang belum tahu, Hasselblad merupakan pengeluar terkemuka dari Sweden yang terkenal dalam menghasilkan teknologi kamera berprestasi tinggi.

pelancaran OnePlus 9 hasselblad

Dalam pada itu, jika anda ingin menonton acara pelancaran global siri OnePlus 9, penstriman langsung boleh dilakukan melalui pautan ini pada 23 Mac 2021, jam 11.00 malam (waktu Malaysia).

Sumber: Siaran Akhbar OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY