Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus camera

Ura-Ura: Lensa Periskop Mungkin Hadir Untuk Peranti OnePlus Akan Datang

Diterbitkan Mei 15, 2023 ยท Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lensa “periskop” menjadi trend dalam penawaran telefon pintar. Terbaharu, OnePlus dilapor akan mengguna pakai teknologi itu dalam keluaran peranti akan datang.

Berkaitan

  • (Ulasan) OnePlus 11 5G - 'Flagship' Snapdragon 8 Gen 2 Paling Rahmah
  • Fon Telinga OnePlus Nord Buds 2 Diumumkan, Berharga RM329

Menerusi lensa periskop, ia membolehkan zum melebihi 2-3x. Google telah pun menggunakannya dalam peranti Pixel, yang boleh mencapai zum optikal sehingga 5x. Manakala Samsung menggunakan teknologi periskop untuk lensa telefoto 10x pada Galaxy Ultra. Selain itu, Apple juga dikatakan akan memperkenal lensa periskop pada iPhone akan datang.

Bagi OnePlus pula, masih belum ada khabar mengenai pembangunan lensa periskop pada perantinya. OnePlus 10 Pro dan OnePlus 11 hanya dilengkapi kaedah zum tradisional dengan masing-masing pada 3.3x dan 2x.

Bagaimanapun, semuanya mungkin akan berubah tidak lama lagi. Digital Chat Station melalui Weibo menyatakan OnePlus mempunyai perancangan untuk “susunan periskop”, yang mana ketika ini dalam peringkat ujian.

Digital Chat Station OnePlus periskop

Tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenai tahap zum optik yang disasarkan oleh OnePlus, namun ia merupakan perkembangan yang baik buat peminat OnePlus.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY