Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Watch 2_2

OnePlus Watch 2 Dilancarkan – Wear OS 4, Ketahanan Bateri 100 Jam

Diterbitkan Februari 27, 2024 · Dikemas kini Februari 27, 2024 oleh Amalina Athman

OnePlus mengumumkan penambahan terbaharu dalam ekosistemnya, iaitu OnePlus Watch 2.

Berkaitan

  • OnePlus Perkenal Platform Cipta Muzik Guna AI
  • OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan

Dibina dengan kerangka keluli tahan karat, OnePlus Watch 2 mempunyai skrin AMOLED bersaiz 1.43-inci dengan resolusi 466×466 serta maksimum kecerahan 600 nit.

OnePlus Watch 2_7

Untuk jangka hayat bateri, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 500mAh yang mampu bertahan sehingga 100 jam dalam mod Smart dan 12 hari dalam mod Power Saving, untuk sekali pengecasan penuh.

OnePlus Watch dikuasakan cip Snapdragon W5 Gen 1 dan MCU BES2700 bersama 2GB RAM dan 32GB storan. Jam ini menjalankan sistem operasi Google Wear OS 4 dan RTOS.

OnePlus Watch 2_10

Dengan BES 2700 dan RTOS, ia dapat menjalankan aktiviti latar – termasuk panggilan, notifikasi, penjejakan kecergasan dan sebagainya.

Dari segi sambungan, Watch 2 menyokong Bluetooth 5.0, Wi-Fi, NFC, GPS, penarafan IP68, 5ATM, serta serasi dengan peranti Android 8.0 dan terkini.

OnePlus Watch 2_3
OnePlus Watch 2_4

Dua pilihan warna tersedia iaitu Radiant Steel dan Black Steel. Untuk pasaran Amerika, ia dijual pada harga $299.99 (~RM1,433).

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clks8ob
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clks8oh

Sumber: OnePlus (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY