Ini Merupakan Logo Baharu OnePlus

OnePlus baru-baru ini telah mengacah akan mengumumkan sesuatu yang baru pada 18 Mac, yang kemudiannya disahkan penjenamaan semula syarikat tersebut. Pada hari ini, OnePlus secara rasmi telah mengumumkan pelancaran penjenamaan semula secara global melalui Weibo dan juga laman sesawang syarikat itu.

Eksekutif OnePlus, Zhang Xuan berkata bahawa reka bentuk penjenamaan semula itu dilakukan kerana syarikat perlu mengkaji semula dan memperbaiki daripada pelbagai dimensi seperti strategi syarikat, kedudukan jenama, pengguna, latar belakang budaya, perubahan media, serta undang-undang dan peraturan .

Pada masa ini, hampir semua laman sesawang OnePlus telah menggunakan logo baru ini. Walau bagaimanapun, bagi Australia dan Global, ia masih menggunakan logo lama ketika artikel ini ditulis.

Jenama Baru OnePlus

Jika diperhatikan, hampir tidak dapat dikesan perubahan yang dilakukan dalam logo terbaru ini. Namun, jika diteliti kembali, terdapat beberapa perubahan baru dalam reka bentuk nama dan jenis tulisan termasuk ketebalan yang digunakan.



Dalam pada itu, OnePlus turut menampilkan beberapa ilustrasi berdasarkan logo baru tersebut. Dengan pelancaran logo baru ini juga, sudah pasti OnePlus 8 bakal hadir dengan penggunaan logo baru pada peranti dan pembungkusan.

Sumber: Android Authority, Gizmochina