Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran OnePlus 8T Di Malaysia Akan Berlangsung 22 Oktober Ini

Pelancaran OnePlus 8T Di Malaysia Akan Berlangsung 22 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2020 · Dikemas kini Oktober 15, 2020 oleh Amalina Athman

OnePlus telah melancarkan OnePlus 8T melalui acara yang berlangsung semalam. Kini, OnePlus Malaysia mengesahkan peranti ini akan tiba untuk pasaran tempatan melalui pelancaran yang akan berlangsung pada 22 Oktober 2020.

OnePlus 8T Dilancarkan – Pengecasan Lebih Pantas 65W Dan Skrin Rata 120Hz AMOLED 6.55 Inci

Tidak seperti tahun sebelumnya, OnePlus hanya melancarkan satu varian sahaja bagi model OnePlus 8T. Tiada versi “Pro” yang ditawarkan pada tahun ini.

Antara yang ditampilkan pada OnePlus 8T adalah skrin 6.55 inci Full HD dengan panel AMOLED, kadar segar semula 120Hz, janaan cip Snapdragon 865 serta pilihan RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 128GB/256GB. 

Ia juga dimuatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama, kamera swafoto 16MP, sokongan pengecasan Warp Charge 65W serta bateri berkapasiti 4500mAh.

OnePlus 8T Malaysia

Bagi mengetahui harga OnePlus 8T serta lain-lain penawaran untuk pasaran Malaysia kelak, tonton penstriman langsung pelancaran OnePlus 8T pada 22 Oktober, 12 tengah hari melalui halaman Facebook OnePlus Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY