
Berikutan itu, OnePlus telah membangunkan aplikasi OnePlus Nord AR yang boleh digunakan untuk peranti Android dan iOS. Menerusi aplikasi tersebut, pengguna akan diberi pilihan untuk menyesuaikan avatar mengikut pilihan masing-masing. Setelah selesai, aplikasi itu akan dihalakan ke bahagian utama di mana pengguna perlu mengimbas ruang sekeliling dan kandungan akan dipaparkan.

Untuk memberikan pengalaman yang lebih baik, OnePlus turut mengingatkan pengguna untuk memastikan peranti telah dicas sepenuhnya, menggunakan fon telinga dan Wi-Fi.

Selain tarikh, OnePlus turut mendedahkan waktu pelancaran OnePlus Nord yang akan berlangsung pada 21 Julai 2020, 10 malam. Terdahulu, OnePlus Malaysia turut mengumumkan peranti tersebut akan turut hadir untuk pasaran tempatan.
Bagi anda yang ingin menonton acara pelancaran OnePlus Nord melalui aplikasi OnePlus Nord AR, muat turun boleh dilakukan di Google Play atau App Store.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk Redmi Note 10 Pro
- Apple Diarah Membayar Royalti Kepada VirnetX Sebanyak $503 Juta
- Pelancaran Global Makin Hampir, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk Mi 11
- Jadi 'Fenomena', Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT
- Maxis Komited Sediakan 5G, Akan Lancar Dalam Masa Terdekat
- realme C12 Pula Muncul Dengan Bateri 6000mAh, Mungkin Dilancar Dalam Masa Terdekat
- Ming-Chi Kuo: Pengeluaran iPhone 13 Dijangka Tidak Mengalami Kelewatan Seperti iPhone 12
- OnePlus 9 Terima Penarafan A+ DisplayMate, Sahkan Panel Paparan
- Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee
- iQOO Neo8 Pro Dilancar Dengan Cip Dimensity 9200+