Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sampel kamera utama OnePlus 9 Pro

Ini Sampel Gambar Dari Kamera Utama OnePlus 9 Pro Dengan Sensor IMX789

Diterbitkan Mac 12, 2021 · Dikemas kini Mac 12, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, OnePlus telah mendedahkan kamera ultra lebar OnePlus 9 akan menggunakan sensor Sony IMX766. CEO OnePlus, Pete Lau turut berkongsi sampel gambar dari lensa tersebut ke Twitter.

Kini, Pete Lau sekali lagi memuat naik sampel gambar dalam perkongsian terbaru di Twitter. Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah memuat naik sampel bagi dua kamera iaitu lensa utama dan sudut lebar dari OnePlus 9 Pro.

Main and ultra-wide. Two equally powerful cameras, countless possibilities. #OnePlus9Series pic.twitter.com/WlZjA2IVop

— Pete Lau (@PeteLau) March 12, 2021

Seperti yang diketahui sebelum ini, lensa utama OnePlus 9 Pro akan menggunakan sensor Sony IMX789. Sensor ini hadir dengan dual native ISO, full-pixel omni-directional autofocus, serta boleh merakam video 4K pada 120fps dan menyokong pemprosesan video HDR dalam masa nyata.

Selain itu, Sony IMX789 turut dimuatkan dengan Sony Digital Overlap HDR (DOL-HDR). Berbanding HDR, DOL mempunyai keupayaan untuk merakam exposure secara serentak, di mana ia membantu menghilangkan ghosting yang disebabkan oleh objek bergerak.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY