Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Ace 2 Pro_a

OnePlus Ace 2 Pro Sah Hadir Dengan RAM 24GB

Diterbitkan Ogos 10, 2023 · Dikemas kini Ogos 10, 2023 oleh Amalina Athman

Jika sebelum ini, penawaran RAM 16GB untuk peranti Android sudah dianggap cukup besar. Namun, era RAM 16GB mungkin akan berlalu tidak lama lagi, dengan lebih banyak pengeluar Android mula menawarkan memori lebih besar.

Bulan lepas, Nubia RedMagic 8S Pro menjadi yang pertama dilancarkan dengan RAM 24GB. Terbaharu, OnePlus mengesahkan Ace 2 Pro akan dilengkapi RAM 24GB LPDDR5X.

Berkaitan

  • RAM Telefon Android Sampai 16GB Gimik Sahaja, 8GB-12GB RAM Sebenarnya Dah Cukup
  • REDMAGIC 8S Pro Rasmi, Yang Pertama Guna Snapdragon 8 Gen 2 Versi Baru

Menurut OnePlus, model 24GB RAM itu akan digandingkan dengan 1TB storan dalaman berasaskan UFS 4.0. Selain itu, Ace 2 Pro dijangka akan turut tersedia dalam versi 16GB RAM, dengan 256GB atau 512GB storan dalaman.

OnePlus Ace 2 Pro_5
OnePlus Ace 2 Pro_3

Setakat ini, OnePlus telah mengesahkan Ace 2 Pro akan dilengkapi skrin berukuran 6.74-inci OLED, cip Snapdragon 8 Gen 2, 120Hz kadar segar semula serta kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 150W.

Pelancaran OnePlus Ace 2 Pro akan berlangsung pada 16 Ogos 2023.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljixbt
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljixbz

Sumber: OnePlus Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY