Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nord CE3 Lite 5G X Jackson

OnePlus Nord CE 3 Lite Rasmi, Akan Dijual Pada Harga RM1099

Diterbitkan April 4, 2023 · Dikemas kini April 4, 2023 oleh Firdaus

OnePlus Nord CE 3 Lite adalah peranti kelas pertengahan terbaru yang dilancarkan pada 4 April, hari ini untuk pasaran global.

OnePlus Nord CE3 Lite 5G X Jackson

Spesifikasi

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB dan storan 256GB yang besar. Ia juga mempunyai saiz bateri 5,000mAh yang standard dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 67W.

Untuk pengetahuan anda, OnePlus Nord CE 3 Lite menggunakan OxygenOS 13.1 yang berasaskan Android 13. Ia dilengkapi skrin berukuran 6.72″ yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini menawarkan sistem 3 tetapan kamera – 108MP lebar, 2MP mikroskop, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto.

Harga Dan Ketersediaan

OnePlus juga turut melancarkan TWS Nord Buds 2 dalam pelancaran OnePlus Nord CE 3 Lite ini.

Kedua-dua peranti baharu itu bakal tersedia untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Pratempah akan bermula pada 11 April nanti

Berkaitan

  • Galaxy S23 FE Mungkin Dijana Cip Exynos Dan Guna Kamera 50MP
  • Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz
  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy A34 - Rupa T20 Tapi Bajet Sedikit 'Friendly'
  • Asus ROG Ally Jadi Pesaing Buat Steam Deck, Mungkin Lebih Mahal
  • Siri iQOO Z7 Bakal Tiba Di Malaysia Pada 10 April Ini

OnePlus Nord CE 3 Lite bakal menawarkan 2 pilihan warna – Chromatic Gray dan Pastel Lime dan dijual pada tanda harga rasmi RM1,099.

Sumber: Siaran Akhbar OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY