Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung S21 FE Rasmi Di Malaysia, Pratempah Untuk Dapat Harga Serendah RM2,549

Galaxy S23 FE Mungkin Dijana Cip Exynos Dan Guna Kamera 50MP

Diterbitkan April 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa minggu selepas pelancaran siri Samsung Galaxy S23, para pengikut teknologi mula bertanya, apakah edisi khas Galaxy S23 FE akan dikeluarkan juga seperti kebiasaan?

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy S23 Ultra: Hampir Sempurna Jadi Raja Android
  • Gambar Bulan S23 Ultra Didakwa Palsu, Ini Jawapan Samsung
  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Kamera Versatil Tanpa Tandingan
  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Pelengkap Ekosistem Android Yang Terbaik Buat Masa Ini

Laporan terbaru mengatakan ia akan dikeluarkan Samsung akan tetapi kesemua pasaran menggunakan cip Exynos 2200.

Cip ini digunakan untuk Galaxy S22 pasaran Eropah pada tahun lepas.

harga s23 ultra
Samsug Galaxy S23 Ultra.

Ini agak menarik dan masuk akal kalau ia benar-benar terjadi kerana siri S23 kali ini menggunakan cip Snapdragon (for Galaxy) untuk kesemua pasaran, memecah tradisi mereka.

Jadi, untuk FE menggunakan Exynos semata-mata adalah langkah yang boleh kita faham memandangkan ia juga salah satu cara untuk mengekalkan nama Exynos dalam kalangan pengguna.

snapdragon 8 gen 2 for galaxy

Menariknya lagi, Galaxy S23 FE mungkin menggunakan kamera 50MP, sekali lagi melanggar adat siri FE sejak Galaxy S20 yang hanya setinggi 12MP.

Pelancarannya pula dijangka pada suku keempat tahun ini, bermakna dalam September hingga Disember 2023.

Apakah anda tertarik jika benar Galaxy S23 FE menggunakan cip Exynos?

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY