Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7+ Gen 3

OnePlus Sahkan Kehadiran Cip Snapdragon 7+ Gen 3

Diterbitkan Mac 15, 2024 · Dikemas kini Mac 15, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak awal minggu ini, OnePlus mula mengacah kehadiran OnePlus Ace 3V untuk pasaran China. Terbaharu, OnePlus mengesahkan Ace 3V akan menjadi yang pertama dengan janaan cip Snapdragon 7+ Gen 3.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Perkara itu didedahkan oleh OnePlus melalui Weibo, sekali gus mengesahkan bahawa Snapdragon 7+ Gen 3 merupakan antara cip baharu yang bakal diumumkan oleh Qualcomm pada minggu depan.

OnePlus Ace 3V_3
OnePlus Ace 3V

Seperti dikhabarkan sebelum ini, OnePlus mengatakan Snapdragon 7+ Gen 3 akan menggunakan seni bina yang sama seperti Snapdragon 8 Gen 3 – teknologi proses 4nm, teras CPU Cortex-X4 serta keupayaan baca/tulis dan kebolehan komunikasi yang sama.

Mengenai Ace 3V, peranti ini bakal dilengkapi sokongan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan storan 512GB berasaskan UFS 4.0. Di pasaran global, Ace 3V berkemungkinan akan dijenamakan sebagai OnePlus Nord 4.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkv0qc
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkv0q3

Sumber: OnePlus, via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY