Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ultrasonic sensor_1

Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Diterbitkan Mac 5, 2024 · Dikemas kini Mac 5, 2024 oleh Amalina Athman

Telefon pintar andalan Xiaomi dan OnePlus telah pun mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan, tetapi semuanya adalah dari jenis optikal.

Kini, laporan mengatakan penggunaan sensor cap jari sedia ada mungkin berubah untuk tahun depan, dengan pelancaran siri Xiaomi 15 dan OnePlus 13.

Berkaitan

  • Xiaomi 14 Dan 14 Ultra Kini Rasmi Untuk Pasaran Global
  • Senarai Telefon Akan Terima Xiaomi HyperOS Versi Stabil

Menurut dua sumber berasingan di Weibo, Xiaomi sedang menguji pengimbas cap jari ultrasonik untuk siri Xiaomi 15 akan datang, di mana ia sudah dalam pembangunan. Bukan sahaja Xiaomi, OnePlus 13 juga dikatakan bakal beralih kepada pengimbas cap jari ultrasonik.

Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Ketika ini, Samsung dan beberapa peranti andalan vivo telah menggunakan teknologi tersebut.

Untuk pengetahuan, pengimbas cap jari ultrasonik mempunyai keupayaan yang lebih baik berbanding jenis optikal. Pengimbas dari jenis ini tidak memerlukan pencahayaan yang tinggi, sekali gus membolehkan buka kunci peranti lebih pantas.

Berbalik kepada konteks, pembangunan kedua-dua peranti masih di peringkat awal. Berikutan itu, terdapat kemungkinan jika ada perubahan pada masa akan datang.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clkthqi
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clkthqf
  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkthqq
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkthql

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY