Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fenomena “Blood Moon” Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia September Ini

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Gerhana Bulan Penuh

Diterbitkan September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Observatori Negara Langkawi dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berkongsikan imej Gerhana Bulan Penuh yang berjaya dirakam pada awal pagi tadi.

Fenomena yang turut dikenali sebagai ‘Blood Moon’ itu telah dirakam pada 2.13 pagi iaitu semasa fasa penuh maksimanya di Menara MAHA, Langkawi, Kedah dengan menggunakan beberapa peralatan termasuklah kamera Canon R10, teleskop Celestron C8 dan pelekap (mount) Pegasus NYX-101.

gerhana bulan penuh 2025

Fenomena ini bukan sahaja dapat disaksikan di Malaysia, tapi juga hampir di seluruh dunia temasuklah di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand.

Namun, penduduk di Asia dan penduduk di bahagian barat Australia yang dapat menyaksikan fenomena ini dengan pandangan yang terbaik.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula jam 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia.

Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh  terjadi selama 1 jam 22 minit.
gerhana bulan penuh 2025

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Aisberg Terbesar Dunia Pecah, Lepaskan Air Tawar Ancam Ekosistem Laut
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY