Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2,140 GPU NVIDIA

Posted on November 21, 2025

RIKEN, institut penyelidikan kebangsaan terkemuka Jepun, kini melangkah ke era baharu dengan dua superkomputer canggih yang dibangunkan bersama NVIDIA.

Sistem pertama superkomputer ini akan dilengkapi sebanyak 1,600 NVIDIA Blackwell, memfokuskan kepada AI untuk sains, manakala sistem kedua pula akan menampilkan 540 GPU NVIDIA Blackwell dikhususkan untuk komputasi kuantum.

Gabungan kedua-duanya melibatkan sejumlah 2,140 GPU Blackwell dengan menggunakan platform NVIDIA GB200 NVL4 dengan rangkaian Quantum‑X800 InfiniBand.

Superkomputer ini akan mempercepatkan kajian dalam bidang seperti sains hayat, ramalan iklim, automasi makmal, serta algoritma kuantum.

“Perkongsian kami akan mewujudkan salah satu platform bersatu terkemuka di dunia untuk AI, pengkomputeran kuantum dan berprestasi tinggi, membolehkan para penyelidik membuka dan mempercepat penemuan dalam bidang yang merangkumi sains asas hingga aplikasi industri untuk perniagaan dan masyarakat.” Satoshi Matsuoka, pengarah Pusat Sains Komputasi RIKEN.

Ia juga menyokong strategi AI Jepun berdaulat, memastikan infrastruktur domestik yang selamat dan berdaya saing.

Kerjasama ini turut berkait dengan projek FugakuNEXT, pewaris superkomputer Fugaku, yang dijangka beroperasi menjelang 2030 dengan prestasi 100 kali ganda lebih pantas.

Dua superkomputer baharu ini dijadualkan siap menjelang musim bunga 2026, menandakan Jepun sebagai peneraju global dalam inovasi AI dan kuantum.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress