Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE AI TOP ATOM

GIGABYTE Lancar Superkomputer Kompak Dipacu NVIDIA Blackwell

Diterbitkan November 19, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh ariff bukhari

GIGABYTE mengumumkan pelancaran rasmi AI TOP ATOM, komputer super AI yang direka untuk pembangunan AI di premis peribadi tapi menawarkan prestasi setaraf pusat data.

Dikuasakan cip NVIDIA Grace Blackwell GB10 Superchip, sistem ini menawarkan keupayaan dalam pembangunan prototaip pantas, penalaan model dan inferens dalam bentuk fizikal yang kompak.

Dilengkapi dengan 128GB memori RAM bersepadu dan storan sehingga 4TB SSD, AI TOP ATOM mampu mencapai prestasi sehingga 1 petaFLOP, menyokong model berskala besar sehingga 200 bilion parameter.

GIGABYTE AI TOP ATOM
Malah untuk kerja lebih berat, dua unit PC kompak ini boleh digabungkan bagi mengendalikan model sehingga 405 bilion parameter.
GIGABYTE Lancar Superkomputer Kompak Dipacu NVIDIA Blackwell

Produk ini turut diperkasakan dengan perisian penuh NVIDIA AI software stack, merangkumi alat dan perpustakaan generatif AI, serta disepadukan dengan GIGABYTE AI TOP Utility bagi memudahkan penalaan, inferens dan pelaksanaan model LLM, LMM dan ML.

Direka untuk pembangun, penyelidik, pelajar dan institusi, AI TOP ATOM menawarkan penyelesaian fleksibel dan kos efektif bagi mempercepat inovasi AI merentas industri.

Layari laman rasmi GIGABYTE  bagi mengetahui lebih lanjut tentang AI TOP ATOM.

Berkaitan

  • Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • 110,000 GPU NVIDIA Bakal Kuasakan Superkomputer AI Jabatan Tenaga AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY