Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

Nvidia Jadi Syarikat Pertama Di Dunia Cecah Nilai $4 Trilion

Diterbitkan Julai 10, 2025 · Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh ariff bukhari

Nvidia mencatat sejarah apabila menjadi syarikat pertama di dunia mencapai nilai pasaran $4 trilion (~RM18.88 trilion).

Ia hasil daripada pelaburan besar dan keyakinan pelabur terhadap potensi  kecerdasan buatan (AI) yang melonjakkan saham Nvidia sebelum ditutup sedikit di bawah paras bersejarah itu.

Peningkatan ini didorong oleh keyakinan bahawa AI akan merevolusikan ekonomi global di mana Nvidia kini menjadi pemain utama dalam perlumbaan AI melalui cip grafik (GPU) yang digunakan dalam AI generatif, automasi, dan pembuatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang juga memperkenalkan teknologi baharu seperti “Blackwell” dan “real-time digital twins” untuk meningkatkan kecekapan industri.

Nvidia turut mencatatkan pendapatan hampir $19 bilion dalam suku pertama 2025, walaupun dikenakan sekatan eksport oleh AS ke atas China.

Perjanjian dengan Arab Saudi untuk membina infrastruktur AI dilihat sebagai langkah strategik walaupun terdapat ketidaktentuan dasar perdagangan.

Walaupun syarikat dari China seperti DeepSeek memberi cabaran dengan model AI kos rendah, Nvidia terus mengekalkan kedudukan dominan mereka dalam pasaran cip dan teknologi AI canggih.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat AI turut membawa kesan negatif seperti kehilangan pekerjaan, seperti diakui beberapa syarikat besar termasuk Ford, Amazon dan JPMorgan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MSI Lancar NVIDIA GeForce RTX 5050, GPU Bajet Dalam 3 Siri
  • Kelajuan Wi-Fi Di KLIA Masih Terlalu Jauh Perlahan Berbanding Lapangan Terbang Lain

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY