Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA GeForce RTX 5080 Mungkin Dilancarkan Terlebih Dahulu Pada Januari 2025

NVIDIA GeForce RTX 5080 Mungkin Dilancarkan Terlebih Dahulu Pada Januari 2025

Diterbitkan Disember 24, 2024 ยท Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh Amsyar Latif

‘Team’ Hijau, NVIDIA dijangka akan melancarkan kad grafik GeForce RTX 5080 seawal pertengahan Januari 2025, iaitu pada acara CES di Las Vegas berlangsung.

Menurut laporan Wccftech, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang akan memperkenalkan barisan siri RTX 50 semasa acara tersebut yang terdiri RTX 5090, RTX 5080 dan RTX 5070.

Namun, kad grafik RTX 5080 yang akan tersedia terlebih dahulu dan beberapa minggu kemudian, RTX 5090 pula. Laporan ini juga selari dengan ura-ura terdahulu di mana ZOTAC “tidak sengaja” mendedahkan barisan kad grafik siri RTX 50.

Selain itu, pendedah maklumat Kopite7kimi pada Mei tahun ini juga pernah menyatakan yang RTX 5080 akan dilancarkan dahulu.

Spesifikasi yang dijangka pada RTX 5080 adalah memori 16GB GDDR7 dan penggunaan kuasanya mungkin rendah daripada 600W. Sementara, RTX 5090 akan hadir dengan memori 32GB GDDR7 serta teras CUDA 21,760.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Nvidia Dilapor Hentikan Pengeluaran GPU RTX 40, Akan Lancar RTX 50 Lebih Awal
  • ZOTAC Dilihat Sahkan Barisan Kad Grafik RTX 50, VRAM Sehingga 32GB
  • Sega Pertimbang Servis Langganan Permainan Video

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY