Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sega_Game Rant

Sega Pertimbang Servis Langganan Permainan Video

Diterbitkan Disember 24, 2024 ยท Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh Amalina Athman

Sega sedang mempertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan langganan untuk permainan video, lapor BBC.

Pada masa ini, sudah terdapat beberapa perkhidmatan serupa di pasaran – seperti Xbox Game Pass dan PlayStation Plus, yang menyaksikan pemain membayar yuran bulanan untuk akses kepada pelbagai judul permainan tanpa memiliki permainan tersebut secara langsung.

Memetik laporan BBC, Presiden Sega Shuji Utsumi menyatakan bahawa produk langganan seperti itu adalah “sangat menarik”, dengan syarikatnya sedang menilai beberapa peluang.

Kami sedang memikirkan sesuatu dan membincangkan sesuatu…kami tidak boleh mendedahkan buat masa ini.

Namun, beberapa pihak dalam industri telah menyuarakan kebimbangan, menyatakan langkah ini mungkin menyebabkan pemain “mengeluarkan lebih banyak wang” untuk langganan pelbagai perkhidmatan.

Bukan hanya Sony dan Microsoft yang menawarkan langganan permainan, kini terdapat banyak pesaing dalam bidang ini, termasuk Nintendo, EA, dan Ubisoft yang masing-masing menyediakan pelan keahlian mereka sendiri.

Dengan sejumlah permainan Sega yang sudah tersedia di pelbagai platform penstriman, adalah logik jika syarikat itu mahukan pemain membayar yuran langganan secara terus kepadanya berbanding pesaing.

Pendekatan ini berpotensi menarik minat pengguna yang memfokuskan kepada permainan Sega. Namun, bagi pemain lain, langkah ini mungkin membawa kepada kos yang lebih tinggi.

Berkaitan

  • Pembangun Angry Birds Kini Sah Jadi Milik SEGA
  • Harga Langganan PlayStation Plus Naik Hampir 50%
  • Microsoft Naikkan Harga Langganan PC Game Pass
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY