Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia us curb

Nvidia Dilapor Akan Lancar Cip AI Blackwell Lebih Murah Untuk China

Diterbitkan Mei 27, 2025 oleh Amalina Athman

Nvidia dilapor akan melancarkan cip pemprosesan kecerdasan buatan (AI) baharu untuk pasaran China pada harga jauh lebih rendah berbanding model H20 yang kini dikenakan sekatan, dengan jangkaan pengeluaran besar-besaran seawal Jun ini.

Menurut sumber Reuters, GPU itu merupakan sebahagian daripada generasi terbaru pemproses AI Nvidia dengan seni bina Blackwell, dan dijangka dijual pada harga antara $6,500 hingga $8,000, jauh lebih murah berbanding H20 yang berharga antara $10,000 hingga $12,000.

Harga yang lebih rendah itu disebabkan oleh spesifikasi yang lebih rendah serta keperluan pembuatan yang lebih mudah. Cip ini berasaskan Nvidia RTX Pro 6000D, pemproses grafik kelas server, dan menggunakan memori GDDR7 konvensional berbanding memori berkelajuan tinggi (HBM) yang lebih canggih.

Selain itu, cip baharu ini juga dikatakan tidak akan menggunakan teknologi pembungkusan Chip-on-Wafer-on-Substrate (CoWoS) dari Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC).

Sebelum ini, setelah Amerika Syarikat menguatkuasakan larangan H20 pada April lalu, Nvidia pernah mempertimbangkan untuk menghasilkan H20 dengan versi diturun taraf untuk China, namun rancangan itu tidak berhasil.

CEO Nvidia Jensen Huang berkata seni bina Hopper yang digunakan pada H20 tidak lagi boleh diubah suai di bawah sekatan eksport AS.

Dalam perkembangan lain, sumber yang mengetahui perkara itu memaklumkan Nvidia juga sedang membangunkan satu lagi cip dengan seni bina Blackwell untuk pasaran China yang dijangka memulakan pengeluaran seawal September.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS
  • Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA
  • Trump Ugut Kenakan Tarif 25% Ke Atas iPhone, Samsung Dan Telefon Import Lain

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY