Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, NVIDIA

Nvidia Buka Jawatan Kosong Bagi Pakar Pusat Data Orbit

Diterbitkan Mac 10, 2026 oleh ariff bukhari

Nvidia kini sedang meninjau kemungkinan membuka pusat data berasaskan orbit.

Ia berdasarkan nama iklan jawatan kerja terbaru yang dibuka iaitu Orbital Datacenter System Architect.

Dalam iklan jawatan itu, antara tugas utama yang dinyatakan termasuklah merancang sistem dari cip hingga satelit serta sambungan antara satelit.

Calon juga akan bekerjasama dengan pasukan lain meliputi silikon, perisian, rangkaian, operasi, pelanggan utama, dan rakan pembangunan sistem bagi menyusun peta jalan produk masa depan Nvidia untuk angkasa.

Mereka juga perlu menganalisis prestasi, kuasa, dan kos pelbagai penyelesaian, menyelaraskan strategi dengan pembekal, serta mendefinisikan sistem dari konsep hingga pengeluaran besar-besaran.

Syarat kelayakan untuk pemohon yang berminat, mereka perlulah memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Komputer, Sains Komputer, atau Kejuruteraan Elektrik, dengan pengalaman lebih 12 tahun dalam seni bina sistem.

Pemahaman mendalam tentang seni bina perkakasan untuk angkasa, strategi tahan radiasi, toleransi persekitaran, dan penyelesaian haba juga adalah penting.

Pengalaman ujian dan pengesahan sistem angkasa, kemahiran komunikasi, serta kepimpinan pasukan pelbagai disiplin turut diperlukan.

Nvidia sudah pun memulakan eksperimen awal di mana GPU H100 Nvidia telah diuji di orbit oleh syarikat Starcloud, yang bercita-cita melancarkan puluhan ribu satelit.

SpaceX turut dilaporkan merancang sehingga sejuta satelit untuk pusat data orbit, manakala Google melalui Project Suncatcher akan melancarkan prototaip pada 2027 akan datang.

Jadi, bagi mereka yang layak dan berminat bolehlah memohon jawatan tersebut di laman Careers at NVIDIA Corporation | Eightfold.

Berkaitan

  • SpaceX Ambil Alih xAI, Musk Sasar Pusat Data Berasaskan Satelit
  • Tarikan Dan Cabaran Bina Pusat Data Di Angkasa, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY