Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia company_

Nvidia Atasi Apple Sebagai Syarikat Paling Berharga Di Dunia

Diterbitkan Oktober 28, 2024 oleh ariff bukhari

Nvidia kini mengatasi sebagai syarikat paling berharga di dunia  berikutan kenaikan rekod dalam saham, dikuasakan oleh permintaan yang tidak pernah putus untuk cip kecerdasan buatan khususnya.

Berdasarkan data Kumpulan Bursa Saham London (LSEG) menunjukkan, nilai pasaran saham Nvidia mencecah $3.53 trilion, sedikit melebihi nilai saham Apple yang berjumlah $3.52 trilion.

Nilai pasaran saham Nvidia mengakhiri pada hari Jumaat minggu lalu dengam naik 0.8%, dengan nilai pasaran $3.47 trilion, manakala saham Apple meningkat 0.4%, menilai kepada $3.52 trilion.

Pada Jun lalu, Nvidia secara ringkas telah menjadi syarikat paling berharga di dunia sebelum ia disusuli oleh Microsoft dan Apple.

Permodalan pasaran trio teknologi itu dilihat bersaing selama beberapa bulan. Nilai pasaran Microsoft berjumlah $3.18 trilion, dengan sahamnya meningkat 0.8%.

Saham Nvidia, Apple dan Microsoft mempunyai pengaruh yang besar terhadap sektor teknologi yang bernilai tinggi serta pasaran saham AS yang lebih luas, dengan ketiga-tiganya menyumbang kira-kira 1/5 daripada indeks permodalan pasaran bagi 500 syarikat dagangan awam terkemuka di A.S.

Berkaitan

  • Apple Dinobatkan Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Tahun 2022
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Tempahan Proton e.MAS 7 Dibuka, Dilengkapi Bateri Bilah Geely Yang Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY