Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

Apple Dinobatkan Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Tahun 2022

Diterbitkan Januari 27, 2022 · Dikemas kini Januari 27, 2022 oleh ariff bukhari

Permulaan yang baik bagi Apple untuk tahun 2022 ini apabila gergasi teknologi itu sekali lagi dinobatkan sebagai jenama paling bernilai di dunia oleh penyelidik pasaran dari Brand Finance.

Apple mengatasi pesaing rapatnya Amazon dengan merekodkan nilai jenama yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD355.1 bilion.

Amazon di tempat kedua dengan jenama yang dianggarkan bernilai USD350.3 bilion. Diikuti oleh Google (USD263.4b), Microsoft (USD184.2b) dan Walmart (USD111.9b).

Berikut adalah senarai 25 jenama paling bernilai di dunia untuk tahun 2022 menurut Brand Finance.

JENAMA PALING BERNILAI 2022

Selain itu, Brand Finance juga menobatkan platfom video pendek, TikTok sebagai jenama yang paling pesat berkembang dengan peningkatan mendadak sebanyak 215%.

TikTok mengatasi pesaing lainnya Snapchat, Kakao, AMD dan BYD.

brand finance

Brand Finance menyimpulkan, sektor teknologi masih kekal mendominasi industri paling bernilai dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah USD1250.4 bilion.

Sektor peruncitan pula terus kekal berkembang walaupun di era pandemik yang dianggarkan bernilai USD1165.4 bilion dan diikuti oleh sektor perbankan, media dan telekomunikasi.

brand finance 1

Sumber: brand-finance-global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY