Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia Z50 Ultra

nubia Z50 Ultra Rasmi, Hadir Dengan Lensa Kamera 35mm Dan 85mm

Diterbitkan Mac 8, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Firdaus

nubia perkenalkan kemasukan baharu dalam barisan peranti mereka pada tahun 2023 ini – nubia Z50 Ultra. Peranti ini hadir dengan kamera swafoto tersembunyi disebalik skrin paparannya dan lensa kamera custom-made 35mm dan 85mm.

Spesifikasi nubia Z50 Ultra

nubia Z50 Ultra

nubia Z50 Ultra hadir dengan perkakasan yang sangat menarik – Snapdragon 8 Gen 2, bateri bersaiz 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Selain itu, peranti ini menawarkan skrin AMOLED 6.8″ beresolusi 2480 x 1116 yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga hadir dengan bezel yang nipis dan butang fizikal yang boleh ditetapkan.

Z50 Ultra mempunyai kamera utama 64MP Sony IMX787 (panjang fokal 35mm), lensa periskop 64MP (panjang fokal 85mm) dan 50MP ultra-lebar.

nubia Z50 Ultra

Kamera swafotonya menggunakan teknologi bawah skrin yang dipanggil Neovision. Jadi kamera swafoto 16MP itu berada dalam keadaan yang lebih efisien di bawah skrin.

nubia Z50 Ultra ini hadir dengan 3 variasi – 8GB/256GB, 12GB/256GB, 12GB/512GB, dan 16GB RAM + 1 TB. Menariknya lagi, ia menggunakan memori RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0 yang paling berkuasa dalam industri ketika ini.

nubia menawarkan sistem operasi MyOS 13 yang didakwa tiada bloatware, ketersambungan USB-C 3.1 dan 3 pilihan warna – Hitam, Kelabu dan Starry Night yang menampilkan lukisan popular Vincent van Gogh.

nubia Z50 Ultra

Peranti ini mula dijual pada 14 Mac di pasaran China dengan harga permulan CNY3,999 (~RM2,600.00) dan model Starry Night hanya hadir pada variasi 12GB RAM / 512GB dengan harga CNY4,999 (~RM3,250.00).

Berkaitan

  • Redmi K60 Ultra Mungkin Tak Cukup Ultra Berbanding Pendahulunya
  • iPhone 14 Dan iPhone Plus Kini Ada Warna Kuning, Mula Dijual Minggu Depan
  • Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022
  • realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
  • vivo Mungkin Rancang Perkenalkan X Flip Pada Bulan Depan

Sumber: GSMArena

Gambar utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY