Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022

Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022

Diterbitkan Mac 8, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Amalina Athman

Data baharu daripada Counterpoint Research telah menunjukkan barisan iPhone mendominasi carta telefon pintar paling laris. Daripada 10 tempat teratas, sejumlah lapan model iPhone telah disenaraikan dalam telefon pintar paling laris untuk tahun 2022.

Berkaitan

  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini

Menurut Counterpoint, iPhone 13 merupakan telefon pintar terlaris untuk tahun 2022, yang menyumbang kepada 28% jualan keseluruhan iPhone dan 5% untuk pasaran global. Ia merupakan telefon pintar terlaris di pasaran utama seperti China, AS, UK, Jerman dan Perancis.

Seterusnya diikuti iPhone 13 Pro Max dan iPhone 14 Pro Max dengan masing-masing menyumbang 2.6% dan 1.7% daripada keseluruhan jualan telefon pintar.

Sementara itu, Samsung Galaxy A13 dan Galaxy A03 turut disenaraikan di tempat ke-4 dan ke-10. Berikut adalah senarai penuh 10 telefon pintar paling laris untuk tahun 2022 mengikut data Counterpoint.

Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022

iPhone 12, telefon pintar terlaris pada 2021, merupakan model lama dalam 10 teratas untuk 2022. Jualannya kekal teguh di AS, Jepun dan China. Tambahan pula, peranti itu kini dijual dengan potongan harga yang lebih banyak serta keupayaan 5Gnya yang memainkan peranan penting untuk kekal relevan dalam pasaran.

 

Apa pula kata anda mengenai keseluruhan senarai tersebut?

Sumber: Counterpoint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY