Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x flip

vivo Mungkin Rancang Perkenalkan X Flip Pada Bulan Depan

Diterbitkan Mac 8, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Firdaus

vivo X Flip adalah sebuah peranti boleh lipat yang didakwa akan diperkenalkan vivo tidak lama lagi. Peranti ini dikatakan hadir dalam faktor binaan yang berlipat seperti siri Samsung Galaxy Z Flip.

Berdasarkan sumber daripada Weibo, berikut mungkin spesifikasi yang bakal digunakan peranti boleh lipat ini:

Spesifikasi vivo X Flip yang didakwa

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, vivo X Flip ini dikhabarkan guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, hadir dengan memori RAM sebesar 12GB dan storan bersaiz 128GB.

A schematic showing the vivo X Flip design

Berdasarkan laporan, peranti ini mempunyai skrin dalaman berukuran 6.8″ dengan resolusi FHD+ dan sokong kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini dikatakan hadir dengan saiz bateri yang cukup besar, 4,400mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W. Sekiranya benar, X Flip mempunyai saiz bateri yang lebih besar sedikit berbanding OPPO Find N2 Flip yang mempunyai bateri 4,300mAh.

vivo Mungkin Rancang Perkenalkan X Flip Pada Bulan Depan

Selain itu, vivo X Flip mungkin dipadankan sensor kamera 50MP Sony IMX866 dan 12MP Sony IMX663 ultra-lebar.

vivo X Flip dijangkakan hadir dan diumumkan pada bulan April depan di China.

Berkaitan

  • Redmi K60 Ultra Mungkin Tak Cukup Ultra Berbanding Pendahulunya
  • Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022
  • realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
  • AirAsia Buka Tempahan Penerbangan Sempena Hari Raya Aidil Fitri, Tiket Serendah RM199
  • YouTube Buang Iklan Berbentuk 'Overlay' Mulai April

Sumber: Weibo, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu - MCMC
  • Malaysia Minta Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula - Johari
  • Nvidia Umum Hentikan Penghantaran Cip AI 'Hopper' Ke China
  • Kabel Optik Teras Berongga Hantar 128 Tbps Data Sepantas Cahaya Lebih 1,000KM
  • MCMC Minta Penjelasan Anthropic Berhubung Dakwaan Claude Diguna Untuk Pengaruhi Pengundi Malaysia
  • Saintis Cipta Sikat Elektronik Bantu Anda Tumbuhkan Semula Rambut
  • Robot Humanoid Di China ‘Berguru’ Dengan Manusia, Mula Lakukan Tugas Ringkas
  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
©2026 WISER.MY