Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

Diterbitkan Mac 8, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Amalina Athman

realme kini telah memperkenalkan realme C55 untuk pasaran Indonesia. Dikatakan sebagai telefon Android pertama dengan Mini Capsule, ia mempunyai ciri seakan Dynamic Island pada iPhone 14 Pro.

Berkaitan

  • realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini
  • Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022

Mengulas lanjut, peranti ini dilengkapi skrin  6.72-inci FHD+ dengan 90Hz kadar segar semula dan kecerahan maksimum 680 nits.

Terdapat paparan berlubang di tengah yang menempatkan kamera swafoto 8MP dan ciri Mini Capsule. Melalui ciri ini, ia akan memaparkan status bateri, jumlah penggunaan data, statistik langkah dan sebagainya.

realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

Untuk janaan peranti, realme C55 dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G88 dengan gandingan konfigurasi RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 1TB.

realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

Beralih ke bahagian kamera, terdapat dua lensa yang menempatkan 64MP utama.

Bagi menghidupkan peranti, realme C55 dimuatkan dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama pengecasan 33W.

realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

Antara lainnya, realme C55 menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13, mempunyai sokongan pengimbas cap jari di bahagian sisi, Bluetooth 5.2, USB-C serta bicu audio 3.5mm.

realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule

Peranti ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Rainy Night dan Sunshower. Berikut merupakan harga realme C55 untuk pasaran Indonesia:

  • 6GB + 128GB – Rp 2,499,000 ( ~RM731)
  • 8GB + 256GB – Rp 2,999,000 (~RM877)

Sementara itu, belum lagi diketahui bila ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Namun, realme C55 sudah pun menerima pengesahan SIRIM.

Sumber: realme Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY