Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia V70 Max

nubia V70 Max Kini Di Malaysia – Telefon Tahan Lasak, Bateri 6000mAh Berharga RM399

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amsyar Latif

ZTE nubia telah melancarkan nubia V70 Max, sebuah telefon pintar tahan lasak yang direka untuk kegunaan aktif dan mencabar.

nubia V70 Max hadir dengan rangka keluli SUS304 dan kerangka tengah Aluminium-Titanium Alloy Die Casting, menjadikannya tahan hentakan sehingga 1.5 meter. Telefon ini juga telah diuji oleh SGS untuk memastikan prestasi lancar sehingga 50 bulan tanpa masalah.

photo_2025-02-17 11.01.49

Dikuasakan oleh cip Unisoc T606, ia menampilkan skrin 6.9-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Telefon ini dilengkapi bateri 6000mAh dengan teknologi AI Power-Saving, membolehkan penggunaan sepanjang hari dengan satu cas. Ia juga mengekalkan kesihatan bateri selama 4 tahun, mengurangkan keperluan untuk penggantian yang kerap.

Untuk fotografi, nubia V70 Max menawarkan kamera utama 50MP dengan teknologi AI. Ciri seperti Lightning-fast Snapshot dan AI Magic Photos membolehkan tangkapan pantas dan berkualiti, manakala AI Magic Eraser membolehkan pengguna membuang objek yang tidak diingini dari gambar.

photo_2025-02-17 11.01.55

nubia V70 Max hadir dengan 6GB RAM + 6GB RAM maya serta 128GB storan dalaman. Ia ditawarkan pada harga RM399 dalam dua pilihan warna – Lake Green dan Galactic Gray.

Berkaitan

  • nubia Flip 5G Kini Tersedia Di Shopee, Harga RM2,499
  • Nubia Z70 Ultra Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM3,899
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • nubia Music 2, Telefon Pintar Dengan Sistem Audio 2.1ch Pada Harga RM389

Sumber: Siaran media ZTE nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY